Photobucket

Friday 28 December 2012

***

maafkan aku ***..
mungkin kata kata aku agak kasar pada kau semalam..
sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa yg kena dengan aku..
mungkin aku hanya cemburu dengan kawan2 lelaki kau yg lain..
ataupun anggapan yg serong pada kau..
tp sebenarnya aku tak suka tertanya tanya dan tak suka di perbodohkan..

tp percayalah..
lepas ini aku takkak semak dalam hidup kau lagi...
kau mesti terasa dengan sikap aku semalam..
maafkan aku dengan tikah laku aku..

aku tahu dunia kita memang jauh berbeza..
ibarat si buruk dan si jelita..
ataupun si cerdik dan si bodoh..
lagipun aku dr keluarga yg tak mampu..

dalam hal ini mungkin aku yg salah..
aku seharusnya sedar yg memang aku tak patut suka akan kau..
memang aku jatuh cinta pada kau tp itu semua hanyalah mimpi yg takan terjadi..

dengan ini aku ingin minta maaf atas segala kesilapan aku pada kau..
maafkan aku ***..
maafkan segala salah aku..

aku akan selalu mendoakan agar kau sentiasa sihat..
aku doakan atas kejayaan kau suatu hari nanti..
harap kau pandai jaga diri kau baik baik..

selamat tinggal..
salam..
***

Di tarikh 22.12.12

setelah enam(6) tahun berkenalan akhirnya aku dan dia bertemu jua..
22.12.12 iaitu hari sabtu dan dalam lingkungan jam menempatkan pukul 11 lebih kami bersua muka..
di hari dan tarikh berikut ialah hari yg bersejarah bagi ku..
ia sebagai kenangan yg akan aku kenang sampai bila bila..

firts time aku melihat raut wajahnya..
mata dan senyumnya sentiasa aku teringatkan..

dimalam yg sama kami lepak di danau berdekatan dibandar raya..
dalam asyik seronok berbual..
datang seseorang yg tak dikenali "lelaki" yg ingin membeli dua batang rokok dan ingin pinjam gitar aku..
sambil ia bermain gitar dia bertanya aku datang dr mana..
lalu aku beritahu yg aku datang dr johor..
dengan muka yang selamber dan cara tiba2 dia cakap ~ ~
"wah.. jauh datang semata mata jumpa awek?
  bape tahun kawan?bila nk kawin.?"

lalu si dia beritahu pada lelaki itu ..
"kalau ada jodoh kita kawin laa"

sampuk lelaki itu..
"eh mane boleh?
  sayang kawan lama-lama tp tak kawin"..

dengar kata-kata lelaki itu..
aku hanya terdiam saja..
sebab aku tahu perkawinan aku dgn DIA takkan pernah berlaku kerana DIA hanyalah kenangan lalu saja..
begitu juga dengan DIA yg menganggap aku kenangan silam..
lagipun sekarang kami berdua cuma berkawan.. :D

apa yg aku dapat lakukan ialah mendoakan dia agar sentiasa berkeadaan baik dan mendoakan agar dia bisa menemui jodoh yg sesuai temani hidup buat selamanya..

:D

Tuesday 20 November 2012

buat kau

terkadang aku seakan rindu akan dirinya yg jauh di sana..
aku rindu akan suaranya, marahnya, gelaknya, ceritanya.

walaupun dia tak pernah anggap aku ada tp aku tetap merinduinya..
dimata aku ini dia tersangat istimewa.
walaupun hanya sekejap perkenalan itu,
tp amat sukar untuk di lupakan..
jujur..
aku menyukainya tp apa dayaku jika dia bukan tercipta untuk ku...
lagipun aku ada apa untuk memilikinya..
perbezaan teramat jauh..
dia ibarat di atas puncak dan aku dibawah kaki..
memang takkan pernah terjadi.!

aku hanya mampu berdoa ..
agar dia sentiasa berkeadaan baik..
agar dapat pentunjuk yg benar..
agar dia berjaya dalam kerjaya..

aku harap lelaki pilihannya itu akan menjaga, menghargainya, dan ,memberi kebahagiaan keatas dirinya ..
aku harap lelaki pilihannya itu benar-benar jujur ke atas dirinya..
ucapan luahan ku..
"terima kasih atas pengenalan kita dahulu..
aku hargai walaupun sekejap..
aku harap sangat kau sentiasa bahagia..
pandailah kau pilih yg mana buruk yang mana baik buat hidup kau..
maaf jika aku pernah suka kau dahulu..
tp jangan kau takut aku takkan ganggu hidup kau lg lepas ini..
selamat tinggal.."




                                                                                                                         



                                                                                          csr

Friday 2 November 2012

kisah hati ..

di setiap waktunya hanya memikirkan sesuatu yg tak di tahunya..
terkadangnya ia rasa seperti sudah gila..

ada kalanya ketawa.
ada kalanya menanggis.
perasaan marah turut ada setelah hati terasa teramat memedihkan..
 

di ingat kisah kisah lama.
memang memedihkan.

jalan ceritanya amat menyedihkan,
tak tahu dimana ingin diluahkan,
tak siapa yg mahu mendengarkannya..
tak siapa yg kasiankannya..
bila ia berdiam, kalian katakan dia seorang yg sombong.
bila ia ingin meluahkan kalian menpertawakan dia.
sebenarnya kalian tak rasa apa dia rasa..


jika kalian tahu dan ingin tahu..
tentang hatinya..
walau dia senyum di setiap harinya..
tp hatinya siapa tahu..

jika hati bermulut pasti kedengaran sayu suara tangisan hati itu..

dikalanya ia cuba baluti luka2 itu,
tp ia masih tak mampu..
dikalanya ingin menyerah kerna lelah,
tp ada suara katakan"kau takkan kalah"..
dan sehingga kini cuba hilangkan semuanya yg telah berlaku..

harap ia mampu!

Thursday 1 November 2012

permain perasaan

disaat kebelakang ini aku merasakan sesuatu perasaan  yg dahulu pernah musnah ditelan kekecewaan.
perasaan itu muncul kembali sejak perkenalan sama seorang wanita yang cantik adab tutur bahasanya..
aku rasa dengan lemah lembut,senyum tawa,dan lebih2 lagi kaya budi bahasanya ,bukan membuatkan aku saja tergoda malah semua yg melihatnya akan tergoda..
aku rasa hanya dilihat air mukanya orang2 akan berkata"ia wanita yg teristimewa  yg pernah dijumpai".aku yakin itu.!

perkenalan kami hanya di muka buku..
tp aku suka akan dirinya..
disetiap waktu aku ternanti nanti mesej darinya..
di setiap masa aku merindui suaranya..
entahlah..
aku tak dapat elak perasaan ku ini..
dah ku tepis berulang kali tp aku masih tak bisa menghalang perasaan ku ini..

mulut selalu berkata "jangan mimpi aku akan kalah"
tapi hati berkata"mencubalah jangan menyerah"

aku sering saja berangin cembura buta bila melihat beberapa jejaka yg selalu "post wall di facebook nya".
da berulangkali di beritahu sijejaka itu hanya kawannya..

perasaan cemburu tuu masih ada..
ada dikata orang cemburu tanda SAYANG?.
tp...
takkan kita nak sayang orang yang tak suka akan kita?




                                                                                                                                                   
       

aku benar2 tak dapat sembunyikan perasaan aku..
aku rasa aku sudah kembali jatuh cinta.!
adakah ia berperasaan sebegitu juga terhadap ku?
ataupun aku hanya bertepuk sebelah tangan..

tp...
melihat tingkah lakunya aku seperti tiada dimatanya..
melihat caranya aku penganggu dunia harinya..
tp..
adakah aku cuma berperasaan buruk..
ataupun hanya sekedar takut kehilangan..
ini ialah permainan jiwa..
pasti..
suatu tika nanti akan ku nyayikan lagu kesukaan dia..
"hanya ingin kau tahu-by republik"
dan ku luahkan segalanya bila masanya tiba..
dia nak terima ke taknak tu hal kedua..
yg penting aku dah jujur seadanya.

jika terima akan ku ikat sampai ke mati..
jika sebaliknya akan terima dengan redha sambil ku tiupkan doa untuk kebahagian  dia buat selamanya..

jujur..

terluahkan yg tersembunyi dihati.
^_^

                                                                                                                                                            (csr)


Monday 29 October 2012

buat semua sahabat ku.

di waktu ini di detik ini aku ingin menceritakan masalah yang timbul menyebabkan  pening kepala untuk aku memikirkan apa puncanya sahabat sahabat yang telah aku anggap keluarga ku sendiri bermasam muka sama aku.
dahulu kita begitu rapat,ketawa gelak bersama,
menanggis sedih bersama,

sakit aku disini sakit kau disana,sakit kau disana sakit aku disini,
secawan teh kita berkongsi bersama.
tak kira berapa orang,kita pasti berkongsi bersama.
tp tiada lagi kini..
apa puncanya sahabat?

apa kerna kesibukkan aku bekerja?
ataupun kerana masalah lain yang mungkin aku tak sedari apa sebenarnya telah aku lakukan..
sahabat?
maaafkan la kawan mu ini..
tak terlintas membuat dosa sama kau sahabat..
ampun maaf kusujudkan pada mu sahabat..
maafkan aku..
ikhlas dr hati..

^_^
harap kita bisa seperti dahulu kala sahabat.

Sunday 17 June 2012

seekor kucing yang malang.

seekor anak kucing yang dilanggar,mengelitat badannya.berteriak mungkin kesakitan(meow meow meow).lama-kelamaan terdiam suara kucing itu..dan aku mengambilnya letak di tepi longkang.
ingin aku kebumikan kucing yang aku sangkakan sudah menjadi bangkai.
tapi sangkaan ku meleset, kucing itu masih bernyawa.aku seakan pasti kucing itu pasti akan mati.
dan ku biarkan di tepi longkang..
pada keesokkan hari aku menuju ke longkang untuk melihat si kucing malang itu..
kucing itu tiada dan aku mula rasa pelik.
mungkin kucing tersebut telah dimakan ular atau binatang yang lain..
tidak lama kemudian kedengaran suara kucing yang datang dari arah dalam longkang.
ku lihat seekor anak kucing dalam kebasahan..
berteriak (meow meow meow).
dan ku pasti tak salah lagi..
itu kucing yang dilanggar motosikal semalam.
tak sangka masih panjang umurnya.
lalu ku ambil kucing itu di dalam longkang..
dan aku periksa rupanya badan kucing itu patah..
terinjut injut dia berjalan.
berteriak bila mungkin ia merasakan kesakitan
setiap masa kuperhatikan..
kucing tersebut cuba paksa dirinya untuk bangun dan berjalan..
bangun terjatuh bangun terjatuh dan bangun terjatuh..
walaupun dalam kesakitan..
ia cuba sedaya upayanya.
sedih melihat ia cuba melawan kesakitannya.
hari demi hari ia cuba..
dan akhirnya..
ia berjaya untuk bangun dan berjalan walaupun terincut incut seperti manusia yang patah kaki.
sekarang kucing tersebut dalam jagaan ku..
makan minum nya aku yang bagi..
aku sayang kucing itu.
sebab ia mengajar aku untuk bangun bersemangat untuk hidup walau apapun rintangan..
seekor kucing bisa sabar dengan dugaan takkan aku seorang manusia tak bisa sabar dengan dugaan.
malu rasanya..
apa apapun yang berlaku hanya allah yang tahu..

Sunday 20 May 2012

wahai kau kekasih..
apa sebenarnya kau mahu??
apa sebenarnya rancangan mu??

aku masih tak mengerti apa maksud mu..
dengan ucapan sayang yang kau lafazkan dulu..
sedangkan kau tak mencintai ku..
adakah aku ini sengaja kau kenakan..

sebagai balasan hati mu dilukai oleh kekasih lama..
apakah itu benar??

wahai kau kekasih...
apa kau tahu hati ini amat terluka..

perih rasa nya...
teramat seksa ku rasa..
airmata sentiasa membasahi muka..

menggalir gugur di tanah..


wahai kau kekasih..
kau tahu aku seakan orang gila..

ketawa teringat gelak tawa mu..
menanggis bila teringat ucapan mu..

"7 bulan kau tak pernah cinta aku..
hati kau pada dia yang terdahulu dari aku"
mengapa??
mengapa kau terima aku dahulu sedangkan hati kau pada dia..

jelaskan padaku..
apa tujuan kau ucap cinta dan rindu pada aku..
apa tujuan kau tanya kesihatan ku..

apa tujuan kau buat aku mengharap kau cinta matiku..
katakan lah..
adakah ini semua kau ingin membalas dendam kepada kaum adam..
hah??
adakah betol??
tolong lah beri jawapannya...

aku buntu dengan tikah lakumu ini...
kau wanita bertudung..
tp sungguh tak ku menyangka apa yang kau lakukan..


wahai kau kekasih..

atas segala perbuatan mu dulu..
membuat aku muak dengan gadis bertudung..
dengan gadis berkelakuan baik..

atas perbuat mu itu jua membuat aku benci dan takot akan CINTA..
dan atas perbuatan mu itu membuatkan dunia aku kembali hitam..
gelap gelita,sepi sentiasa..


wahai kau kekasih..
terima kasih kerna pernah terima cinta aku..

terima kasih pernah buat aku semangat untuk jalani hidup ini..
terima kasih pernah ucap sayang dan rindu.

walau ia tipu helah mu..
terima kasih...
aku bersyukur tentang pengajaran yang telah kau beri..
aku hargai..
aku doakan kesejahteraan untuk kau..
harap TUHAN pimpin tangan kau ke jalan yang benar..




sunguh!!
aku benci kau!!
benci kau!!
tp aku sentiasa merindui kau..


Friday 18 May 2012




terima kasih atas pujukan korang untuk menghiburku..
akan ku kenang sehingga hujung nyawa ku..
sekarang hanya korang saja teman menemani ku..
dalam gelak tawa sedih ku..

aku janji akan cuba jadi aku yang dahulu..
:))





mencari dan terus mencari...
walau di atas puncak pasti akan ku daki,

walau di lautan pasti aku selami,
walau terkubur di tujuh (7) lapisan tanah pasti akan ku gali 
hanya untuk ku cari ketenangan diri...

pergi pasti ku pergi...
kemana saja akan ku bawa diri,
agar kau senang tanpa aku disisi,
agar kau tenang tanpanya diri ini,
agar harimu sentiasa indah untuk kau nikmati...

suatu hari nanti...
harap kau sedar dengan perbuatan mu ini,
bukan ku minta untuk di kasihani,
tp ku minta pandanglah hati ini,

kerna hati ini ikhlas buatmu yang dicintai...


doa ku buat mu...
aku doakan kau bahagia sepanjang hidupmu...
dan aku doakan kau sentiasa bahagia dengan pilihan hatimu..

Sunday 13 May 2012





pening sangat dengan masalah, sampai nk tulis kt blog punn aku takde ayt..
haisss...
sakit palo den!!
lupa lak..
aku kan BODOH!!
haha.

Monday 23 April 2012

ukiran itu

ukiran hati itu buat kau memang tak secantik dirimu,
tp ukiran itu ikhlas dari hati hanya buat kamu,
hanya itu saja yang mampu aku berikan pada mu,
aku harap kau terima hadiah itu dariku.
jika ukiran itu jelek dari pandangan matamu,
humban saja dimana mana ikut suka mu,
supaya tidak menyemak dikamar mu,
supaya tidak kotor tangan halusmu,
supaya kenangan tidak menghiasi hari mu..

Monday 16 April 2012

luahan perasaan

aku mencintai tapi tak dicintai,
aku hanya mampu bertahan,
dengan rasa cinta ini,
walaupun sujata goresan mulukai hati,
setiap waktu aku mencuba~
menghapuskan wajah mu dari ingatan,
setiap waktu aku mencuba mengucapkan selamat tinggal padamu,
namun itu,
aku tidak mampu melakukannya,
kerna,
bayang mu selalu menghiasi mata ku,
suara mu sentiasa aku ingatkan,
senyuman mu sentiasa hadir dalam mimpiku,
aku buntu,
berapa lama lagi aku akan sembunyikan perasaanku,
berapa lama lagikah aku harus pendamkan perasaan rindu padamu,
dan perasaan bahawa aku masih mencintai mu..
 

Sunday 15 April 2012

pandanglah.

jangan lah kita pandang sesiapapun yang disekeliling kita 
pada kejelekkan yang ada pada nya...
pandang lah kehebatan tersembunyi yang dimiliki oleh nya..
jangan lah pandang keburukkan paras rupa nya...
pandang lah keikhlasan hati mereka..
jangan lah anda pandang mereka dengan sekali imbas..
tenung lah mata mereka setajam tajamnya
dan lihatlah senyuman itu...

Friday 13 April 2012

tuhan ku..

terkadang aku tersenyum,
bila aku lihat potret dia..
terkadang aku menanggis,

saat aku terkenangkan dia..
tuhan??
aku tahu..

aku cuma watak dalam percintaan ini,
tp mengapa..
watak aku sebagai manusia yang tahu menaggis??

tuhan??
lama lagikah permainan takdir mu?
lama lagikah?
aku benar2 lelah disaat ini,

lelah dengan ujian ini..
aku mengaku..
aku bukan manusia yang tabah akan ujian-MU,
aku manusia yang mudah mengeluh..
manusia yang tak pantas di muka bumi  ciptaan-MU,
manusia yang hanya bersembunyi di belakang pintu,





tuhan ku??
kau biarkan lah aku berehat di alam ketenangan,
dialam aku kembali ketanah,
di alam ulat-ulat menjamah jasadku,
di alam sunyi dan sepi,
di alam dimana tempat ayah ku tidur buat selama-lamanya..
 

biarkan lah hamba mu ini berehat..
sementara tunggu hukuman diatas dosa yang telah aku lakukan..

di saat ini.

di saat ini~~
apa yang ku lakukan
adalah selam kepala didalam baldi berisi air.
melompat-lompat diatas katil,
berlari menanggis kesana sini,
seakan gila,
dan seakan dia cakapkan
"kau mental"



di saat ini~~
aku sedang belek gambar2 si dia,
si dia yang pernah dicintai,
si dia yang pernah cakap,
"kau tinggalkan aku"



di saat ini~~
aku sedang memetik gitar,
dengan suara yang macam ci***,
dengan keadaan muram,
dan aku kiaskan,

"mati lebih baik dr mendengar caci maki si dia"





 

masih seperti dulu!!

kini sudah tanggal 13.04.2012.
aku masih seperti hari yang lalu,
masih menjadi seorang yang penakut,
masih menanggis didalam sepi,
masih berdiri di sudut penjuru
masih menjadi seorang yang tidak dicintai,
masih menadah telingga dengan segala maki dan cacian orang...


kata mereka aku perosak,
mengajar anak-anak mereka benda yang menghanyutkan,
kata mereka aku kotor,
kerana berbotol arak aku togakkan,
kata mereka aku bodoh ,
kerana aku tidak melanjutkan pengajiaan
kata mereka aku gila,
kerana aku suka bersembunyi di dalam kamar..

apa mereka tahu apa yang tersembunyi di dalam hati??
apa mereka tahu mengapa aku ingin berlari??
tidak..!!
mereka tidak tahu apa yang kurasa kan,
mulut saja manis bak madu bila berdepan,
apabila di belakang, kamu semua mencaci aku,
kamu semua lemparkan kata-kata kesat pada diriku..

jangan kerna aku tiada ayah aku dilakukan sebegini,
jangan kerna keluargaku tak mempunyai harta aku dicaci,
jika kamu semua ingin ketawa kan aku sila kan...
jika kamu semua ingin memandang aku hina sila kan..
aku akan sentiasa senyum didepan kamu semua,
tp maaf senyuman itu tak seikhlas kamu sangka kan..

hari esok kita tak tahu apa yang akan terjadi,
aku hanya manusia biasa,
sama seperti kalian semua.

Sunday 8 April 2012

pekikkan suara hati

ketakutan yang tidak ku ketahui, apa yang terjadi aku tak tahu. aku gelisah aku takot aku kaku, aku sunyi aku sepi, aku marah, diri ini seperti bukan aku, apa sebenarnya terjadi.. aku seakan ingin lari, lari sebagai seorang pengecut, lari kesana kesini, lari yang tiada arah tuju, dengan perasaan yang terombang ambing, kenapa? mengapa? soalan itu sentiasa aku pekik kan, pekikkan suara yg datang dari hati, dari hati.

Saturday 7 April 2012

benarkah?

hidup didunia ini memang terlalu banyak dugaan dan ujian tp ada hikmah disebalik dugaan dan ujian itu, tp bisakah kita tempuh dugaan dan ujian tersebut? mungkin sekali dua kita hanya tersenyum, tp bagaimana tiga dan empat kali pula? bisakah kita akan tersenyum? belom tentu lagi kita akan tersenyum. mungkin kita dalam keadaan kesesalan dan adakah kita akan berpekik? "wahai tuhan ku yang maha esa? apakah dosa hamba mu ini? sehinggakan ku dihukum sebegini?" adakah perkataan itu akan diucapkan oleh kita? benarkah? benarkah ia akan berlaku suatu hari nanti? benarkah?

Saturday 31 March 2012

untuk mu


Sejenak ku berfikir..
Tentang apa yang ku hadapi..
Namun adakah jawabnya..Aku bimbang..resah tak bertepi..
Mengingat apa yang terjadi..
Pada hati & diriku ini..Semuanya ku persembahkan..
Untuk menjalin api cinta kita…
Yang takkan padam oleh waktu..Tak usah kau percaya..
Tak usah kau membalas..
Semua rasa hati ini untukmu..Karna bagi diriku.
 
mencintaimu..Menyayangimu..
Adalah hal terindah yang ku lakukan..Selamat tinggal kasih..
Ku ingin kau kenang…
Kenanglah semuanya rasa ini hanya untukmu..
Ketika ragaku tak bernyawa..

Saturday 10 March 2012

lumrah

bila malam tiba?
bulan dan bintang turut serta.
saat cinta bersemi?
cemburu pertengkaran pasti ada
saat ramai kawan di sekeliling
pasti ada persalahan faham.
jika kita dalam kegembiraan,
kedukaan pasti melanda.
jika ada lelaki,
sudah tentu ada wanita,
jika ada kaya 
miskin pasti ada jua
bodoh pandai ada di dalam diri manusia
cuma rajin dan malas hendaklah  ditentu kan
itu lah lumrah dunia.
kadang di atas kadang di bawah.

Friday 9 March 2012

harapkan sinar selepas subuh.

terkadang sejenak terfikir akan diriku dimasa akan datang.
apa yang bakal terjadi.?
adakah aku bisa berjaya?
ataupun adakah aku bahagia?
tapi pernah jua aku merasa ketakutan untuk hidup lebih lama.
memang benar ajal maut di tangan tuhan,
tp aku seolah olah tidak mahu  hidup lebih lama  hanya kerana aku takut akan kesedihan 
dan cabaran yang lebih tercabar  akan berlaku keatas diriku.
sungguh memalukan akan diriku kerana takut menempuhi ujiannya.
sememangnya itu memang lumrah dunia.
kesedihan,kegembiraan,kesusahan,kesenangan itu terletak di tangan-NYA.
kita hanya merancang TUHAN  yang menentukannya.
harap aku bisa redha akan susah senang di masa akan datang.
aku ingin menjadi lelaki sejati.
bukan lelaki pengecut yang hanya kaku disudut kamar.
harapkan sinar selepas subuh.

Tuesday 7 February 2012

nadziha raimi binti abdul rahim

                                                       
                                         


        salam..


nadziha raimi atau nute(wa kacang) ini adalah ex-kapel aku yg tak pernah aku lupa kan..
sayang tu masih ada tp sudah takde jodoh nk buat macam mana kan?

mmm...
aku kenal dia 10.11.2007.masa tu aku dengan dia berkenalan di "myspace".dia duduk di n.sembilan aku pula di JB. masa tu kawan-kawan jerk.

kadang-kadang kita org mesej-mesej kadang-kadang tak..
pada tahun 2009 bermula kisah cinta antara aku dan dia.
tarikh aku dah lupa. tp seingat aku,aku kapel dengan dia  esoknya  aku nak SPM .

sejak dari itu aku merasakan dunia ini memang indah.
aku asyik tersenyum sendiri saja.
tiap-tiap hari semangat je aku nak belajar.:))

tp sayang berakhir la kisah cinta antara aku dan dia. tak lama lepas tu tak silap aku esk nya aku ada peperiksaan sains.hubungan aku dengan dia berakhir dari cinta menjadi duka.
tersangat-sangat sedihnya hati. aku merasa kecewa sampaikan aku tak amik periksa kertas  1  keesokan hari.kadang-kadang aku terfikir memang "bodoh" kerana perempuan aku jadi tak tentu arah"menanggis,tak ambik periksa,dan macam-macam lagi aku buat benda bodoh.
mungkin itu hanya dugaan,pengajaran dan pengalaman buat diri aku ini.


dari dulu hinggakan sekarang sayang aku kat dia tak penah terpadam ataupun berkurangan.
selepas kita berdua berpisah,aku dan dia tak pernah contact lagi sehingga hujung tahun 2010.kami bertemu di facebook. gembira rasa hati aku dapat lihat muka dia walaupun dalam gambar.
tiap kali dia masukan gambar baru aku mesti copy gambar-gambar dia.tp dia makin montel + comel.suka aku tengok gambar-gambar dia.sejak itu kami selalu berhubung.
kadang-kadang main mesej kat  facebook.

kadang-kadang kat handfhone.
walaupun jauh tp aku merasakan sangat dekat jerk dengan dia.
aku pernah terfikir ingin bagitahu kat dia yang aku masih sayang kat dia.tp aku takut + malu.
kita berdua terus berhubungan sehinggakan aku dengan dia seolah-olah kawan baik.setiap saja aku ada masalah aku akan cerita semuanya kat dia.apa aku buat aku cerita,sihat ke tak pon aku cerita.aku dapat rasakan yang aku tenang sangat bila dia ada dengan aku walaupun dia  jauh disamping aku.


sudah beberapa hari aku  di batu pahat aku duduk dengan  kawan baik aku(kecix).
26.1.2011>dalam lingkungan pukul 10.00pm.
nute mesej aku ajak kapel dengan tak legah je aku balas mesej nute yang aku setuju. bahagia rasa hati aku.
tapi tak lama juga aku kapel dengan dia 2hari saja.
mmm.. itu aku yang buat keputusan  bukan nk balas dendam cuma aku ingin dia cari pilihan yang sesuai untuk dia.

sengaja aku bagitahu dia yang aku suda ad perempuan lain padahal itu cuma rekaan aku saja.maaf kan aku nute aku cuma nk kau bahagia tanpa aku. maafkan aku!


kini kau sudah ada penganti diriku.
aku harap kau bahagia dengannya.
aku harap dia pilihan tepat untuk kau.
terus terang aku cakap yang diri kau aku masih sayang.
ingin sekali aku berjumpa dengan kau empat mata tp itu semua tak akan berlaku. kadang-kadang aku menanggis bila aku teringatkan kau nute.terima kasih kau telah wujub dalam sejarah hidup aku terima kasih juga kau penah buat aku bahagia.
aku hanya mampu berdoa agar kau bahagia.

 maafkan aku jika aku ada buat salah.
maafkan aku kerana gambar-gambar kau aku masih simpan.

maafkan aku jika aku melukakan hati kau.
selama ini aku asyik merajuk dengan kau hanya semata-mata untuk kau pujuk aku.
tp sayang idea aku tak menjadi.
kau siap maki aku gila.hmmm..

terima kasih kerana  kau sadarkan aku yang ni aku gila.:))
 aku sayang kau sangat-sangat.
sumpah tulus dari hati.
kau akan kekal dalam hati ku sampai bila-bila.


salam..






         

Sunday 5 February 2012

kesedihan dan kesendirian

kesedihan dan kesendirian,
seakan menggugurkan sejuta harapan,
sepinya malam berlalu sudah,
pagi tiba  mengakhir malam,
aku terbangun dari mimpi yang tak sudah,

sesaat angin berhembus perlahan-lahan,
seolah tak ingin mengusikku dari lamunan,
burung-burung berkicauan menari penuh kemesraan,
bergembira berterbangan menceriakan awan,

siramilah diriku,
dengan kemesraan,
agar ku tahu,
kesedihan ini,

temanilah diriku,
disetiap waktu,
agar ku mengerti,
kesendirian ini,

harap ku dapat atasi,
kesedihan dan kesendirian ini...

Friday 3 February 2012

asalnya jabalnyawa

hari ini usia blog ini 1 hari.selepas sejuta tahun atau lebih jabal ( bukit ) dilahirkan.