Photobucket

Friday 13 April 2012

masih seperti dulu!!

kini sudah tanggal 13.04.2012.
aku masih seperti hari yang lalu,
masih menjadi seorang yang penakut,
masih menanggis didalam sepi,
masih berdiri di sudut penjuru
masih menjadi seorang yang tidak dicintai,
masih menadah telingga dengan segala maki dan cacian orang...


kata mereka aku perosak,
mengajar anak-anak mereka benda yang menghanyutkan,
kata mereka aku kotor,
kerana berbotol arak aku togakkan,
kata mereka aku bodoh ,
kerana aku tidak melanjutkan pengajiaan
kata mereka aku gila,
kerana aku suka bersembunyi di dalam kamar..

apa mereka tahu apa yang tersembunyi di dalam hati??
apa mereka tahu mengapa aku ingin berlari??
tidak..!!
mereka tidak tahu apa yang kurasa kan,
mulut saja manis bak madu bila berdepan,
apabila di belakang, kamu semua mencaci aku,
kamu semua lemparkan kata-kata kesat pada diriku..

jangan kerna aku tiada ayah aku dilakukan sebegini,
jangan kerna keluargaku tak mempunyai harta aku dicaci,
jika kamu semua ingin ketawa kan aku sila kan...
jika kamu semua ingin memandang aku hina sila kan..
aku akan sentiasa senyum didepan kamu semua,
tp maaf senyuman itu tak seikhlas kamu sangka kan..

hari esok kita tak tahu apa yang akan terjadi,
aku hanya manusia biasa,
sama seperti kalian semua.

No comments:

Post a Comment