Photobucket

Tuesday 19 November 2013

Sepucuk surat untuk tuhan yg maha esa

Ya tuhan yg maha mendengar lg maha penyayang . Hanya pada mu tempat aku mengadu dan hanya kau saja yg tahu betapa siksa nya hati ku ..  Ya Allah ..aku tak sanggup nk tempuh segala ujian mu. Aku terlalu lemah dengan semua ini. Ya Allah kau akhiri la segalanya aku mohon merayu pada mu ya Allah .  Ya  Allah ya tuhan ku segala hak terletak ditangan mu  . Amin  ..

Friday 8 November 2013




aku tak menaggis kerana apa yg kau buat kt aku .
cuma aku menanggis dgn tingkah aku yg BODOH mengharapkan kau yg tak pernah mungkin jd hak aku ..
bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh dan bodoh ..
last2 aku yg sakit ...
arhhhhhhhhhhhhhh !!!!

Thursday 24 October 2013

aku masih bernafas dan aku takkan lemas
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas
namun aku dibenci, dihina dan dimaki
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti

ingin ku memberitahu kepada kau yang ku cintai
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi
kerna engkau yang ku nanti dan ku terimpi-impi

Tuesday 21 May 2013

Menunggumu ..
Tak kan pernah ada rasa lelah dalam hatiku ,
mungkin Ini ujian, dan bukan siksaan ,
Menunggu allah mengizinkan kita disatukan ,
dan pasti Itu hal yg terindah yang aku akan rasakan,

selagi hayat di kandung badan,
selagi itu takkan ku lelah menunggu mu ..


sumpah .. 
tulus hati ini untuk Mencintaimu ,
walaupun hati mu tak kau bukakan lagi ..

cintaku ini teramatlah jujur untukmu ,
walaupun kita terpisah jauh..

pergi ..
aku akan pergi tinggalkan mu jika kau katakan yg aku bukanlah pilihan hatimu..
aku akan pergi dengan senyuman walaupun berjuta luka goresan di hati ini..
disetiap langkah takkan ku keringkan bibir untuk  sentiasa mendoakan kebahagiaanmu..

izinkan aku

Dalam hati ini terukir nama mu yang tak bisa aku padamkan ,
walaupun luka dijiwaku sukar terhakis oleh dakapan rindu..
namun aku akan tetap dengan kesetiaaan terhadapmu,
agar kau sentiasa bisa bernafas dalam kedamaian..
sungguhpun ribut datang melanda dan meragut janji2 itu,
pasti aku tempuhi bersama kejujuran dan ketulusan..

dengan sekeping hati yang rapuh mencintaimu,
kerana kita sama sekali tidak pernah bertemu..
inilah takdir cinta di bumi yang terpisah jauh,
sementara kita melihat langit yang sama,diterangi mentari yg serupa dan dipeluk oleh malam yg gelita..

aku merayu agar kau izin kan aku mencintaimu walaupun sekadar sekejap waktu..
izinkan aku !!

Friday 1 March 2013

perasaan yang selama ini menghantui diri ,
perasaan yang selalu menyakitkan hati ,
perasaan yang asyik mengawal diri ..


celakanya perasaan ini ,
ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri ,
sebab percaya pada kudrat diri ..

biar dikata apa , aku tetap tegapkan dada ..
selagi nafas ku ada , aku tetap teguhkan jiwa ..
kerna ...
jatuh bangunku
gagah lemahku
tidur bangkitku
tumbuh patahku
setiapnya kerna diri sendiri .

terkadang lenguh aku berjalan,
dalam sendiri aku tau yang sungguhnya aku sunyi..
moga nanti..
datang hari untuk aku betul2 dihargai..
agar dapat mengukirkan senyuman sehingga aku mati !!

Thursday 10 January 2013

kesedihan kegembiraa, kekecewaan kebahagiaan. itulah cinta..
aku belajar melepaskan, aku belajar melihat kebahagiaan di ukir dengan airmata .
aku bermohon pada tuhan, tabahkan lah hatiku yg kecil ini .
di setiap langkah majuku pastinya terjatuh.
jangan terus kau biarkan aku terjatuh tuhan.
aku tahu kau mendengar doaku .
dan aku mengaku tuhan, aku sering lupakan kau .
di setiapnya waktu aku leka dengan dunia hinggakan aku lupa akan kau tuhan dan hanya ingat

kau dikala aku duka, dikala jiwa resah namun hanya kau yang mampu memberi bahagia .
bimbing aku tuhan untuk terus ke jalan rahmatmu.
bawa aku ke mahligai berjuta indah agar bisa ku lupa kisah derita .
hanya itu yang ku pinta .

Sunday 6 January 2013

tentang membiarkan diri dibiasakan hancur

sudah selalu aku merasa seperti ini
bercinta separuh nyawa tp tak pernah menjadi
adakalanya di tolak lalu di caci maki..

apa lagi yang perlu aku lakukan

bila semua telah aku laksanakan
tetap tak pernah mencukupi lalu disampahkan
sedangkan selama ini kubagikan kebahagiaan
kubagikan setiap apa yang ku ada
kubagikan setiap yang diminta
tp tetap tak sempurna..

apa perlu aku lakukan lagi
adakah aku tidak pernah memenuhi jiwanya
sedangkan aku selalu mencuba menjadi sempurna dimatanya
tidak cukup kah itu ?
atau perlukah aku melutut merayu dan meminta-minta?
supaya kau tetap disisi...


kini..
ku koyakkan segala cinta..
ku buangkan segala rasa ..



kau pergi..
dan diri ini sentiasa rasa mati !


mesej terakhir

"saya harap awak takkan buang no saya sebab saya masih nak berkawan lagi dengan awak dan saya takkan remove awak."
     DAN..."saya akan contact awak balik satu hari nanti, itu janji saya. "

tapi....
dia dah pun remove aku..
so lepas nie aku tak tahu atau takkan dapat tahu tentang perkembangannya melalui fecebook kerna dia dah pun remove aku..

dan tapi...
aku akan selalu menunggu dia menelefon ku..
walaupun 1000 tahun lagi..
:D

harap dia selalu berkeadaan sihat dan bahagia..
ku doakan agar allah sentiasa akan pimpin  tangan kau kejalan yg lurus..


jaga diri wok..
:-)