Photobucket

Tuesday 21 May 2013

Menunggumu ..
Tak kan pernah ada rasa lelah dalam hatiku ,
mungkin Ini ujian, dan bukan siksaan ,
Menunggu allah mengizinkan kita disatukan ,
dan pasti Itu hal yg terindah yang aku akan rasakan,

selagi hayat di kandung badan,
selagi itu takkan ku lelah menunggu mu ..


sumpah .. 
tulus hati ini untuk Mencintaimu ,
walaupun hati mu tak kau bukakan lagi ..

cintaku ini teramatlah jujur untukmu ,
walaupun kita terpisah jauh..

pergi ..
aku akan pergi tinggalkan mu jika kau katakan yg aku bukanlah pilihan hatimu..
aku akan pergi dengan senyuman walaupun berjuta luka goresan di hati ini..
disetiap langkah takkan ku keringkan bibir untuk  sentiasa mendoakan kebahagiaanmu..

izinkan aku

Dalam hati ini terukir nama mu yang tak bisa aku padamkan ,
walaupun luka dijiwaku sukar terhakis oleh dakapan rindu..
namun aku akan tetap dengan kesetiaaan terhadapmu,
agar kau sentiasa bisa bernafas dalam kedamaian..
sungguhpun ribut datang melanda dan meragut janji2 itu,
pasti aku tempuhi bersama kejujuran dan ketulusan..

dengan sekeping hati yang rapuh mencintaimu,
kerana kita sama sekali tidak pernah bertemu..
inilah takdir cinta di bumi yang terpisah jauh,
sementara kita melihat langit yang sama,diterangi mentari yg serupa dan dipeluk oleh malam yg gelita..

aku merayu agar kau izin kan aku mencintaimu walaupun sekadar sekejap waktu..
izinkan aku !!