Photobucket

Monday 23 April 2012

ukiran itu

ukiran hati itu buat kau memang tak secantik dirimu,
tp ukiran itu ikhlas dari hati hanya buat kamu,
hanya itu saja yang mampu aku berikan pada mu,
aku harap kau terima hadiah itu dariku.
jika ukiran itu jelek dari pandangan matamu,
humban saja dimana mana ikut suka mu,
supaya tidak menyemak dikamar mu,
supaya tidak kotor tangan halusmu,
supaya kenangan tidak menghiasi hari mu..

Monday 16 April 2012

luahan perasaan

aku mencintai tapi tak dicintai,
aku hanya mampu bertahan,
dengan rasa cinta ini,
walaupun sujata goresan mulukai hati,
setiap waktu aku mencuba~
menghapuskan wajah mu dari ingatan,
setiap waktu aku mencuba mengucapkan selamat tinggal padamu,
namun itu,
aku tidak mampu melakukannya,
kerna,
bayang mu selalu menghiasi mata ku,
suara mu sentiasa aku ingatkan,
senyuman mu sentiasa hadir dalam mimpiku,
aku buntu,
berapa lama lagi aku akan sembunyikan perasaanku,
berapa lama lagikah aku harus pendamkan perasaan rindu padamu,
dan perasaan bahawa aku masih mencintai mu..
 

Sunday 15 April 2012

pandanglah.

jangan lah kita pandang sesiapapun yang disekeliling kita 
pada kejelekkan yang ada pada nya...
pandang lah kehebatan tersembunyi yang dimiliki oleh nya..
jangan lah pandang keburukkan paras rupa nya...
pandang lah keikhlasan hati mereka..
jangan lah anda pandang mereka dengan sekali imbas..
tenung lah mata mereka setajam tajamnya
dan lihatlah senyuman itu...

Friday 13 April 2012

tuhan ku..

terkadang aku tersenyum,
bila aku lihat potret dia..
terkadang aku menanggis,

saat aku terkenangkan dia..
tuhan??
aku tahu..

aku cuma watak dalam percintaan ini,
tp mengapa..
watak aku sebagai manusia yang tahu menaggis??

tuhan??
lama lagikah permainan takdir mu?
lama lagikah?
aku benar2 lelah disaat ini,

lelah dengan ujian ini..
aku mengaku..
aku bukan manusia yang tabah akan ujian-MU,
aku manusia yang mudah mengeluh..
manusia yang tak pantas di muka bumi  ciptaan-MU,
manusia yang hanya bersembunyi di belakang pintu,





tuhan ku??
kau biarkan lah aku berehat di alam ketenangan,
dialam aku kembali ketanah,
di alam ulat-ulat menjamah jasadku,
di alam sunyi dan sepi,
di alam dimana tempat ayah ku tidur buat selama-lamanya..
 

biarkan lah hamba mu ini berehat..
sementara tunggu hukuman diatas dosa yang telah aku lakukan..

di saat ini.

di saat ini~~
apa yang ku lakukan
adalah selam kepala didalam baldi berisi air.
melompat-lompat diatas katil,
berlari menanggis kesana sini,
seakan gila,
dan seakan dia cakapkan
"kau mental"



di saat ini~~
aku sedang belek gambar2 si dia,
si dia yang pernah dicintai,
si dia yang pernah cakap,
"kau tinggalkan aku"



di saat ini~~
aku sedang memetik gitar,
dengan suara yang macam ci***,
dengan keadaan muram,
dan aku kiaskan,

"mati lebih baik dr mendengar caci maki si dia"





 

masih seperti dulu!!

kini sudah tanggal 13.04.2012.
aku masih seperti hari yang lalu,
masih menjadi seorang yang penakut,
masih menanggis didalam sepi,
masih berdiri di sudut penjuru
masih menjadi seorang yang tidak dicintai,
masih menadah telingga dengan segala maki dan cacian orang...


kata mereka aku perosak,
mengajar anak-anak mereka benda yang menghanyutkan,
kata mereka aku kotor,
kerana berbotol arak aku togakkan,
kata mereka aku bodoh ,
kerana aku tidak melanjutkan pengajiaan
kata mereka aku gila,
kerana aku suka bersembunyi di dalam kamar..

apa mereka tahu apa yang tersembunyi di dalam hati??
apa mereka tahu mengapa aku ingin berlari??
tidak..!!
mereka tidak tahu apa yang kurasa kan,
mulut saja manis bak madu bila berdepan,
apabila di belakang, kamu semua mencaci aku,
kamu semua lemparkan kata-kata kesat pada diriku..

jangan kerna aku tiada ayah aku dilakukan sebegini,
jangan kerna keluargaku tak mempunyai harta aku dicaci,
jika kamu semua ingin ketawa kan aku sila kan...
jika kamu semua ingin memandang aku hina sila kan..
aku akan sentiasa senyum didepan kamu semua,
tp maaf senyuman itu tak seikhlas kamu sangka kan..

hari esok kita tak tahu apa yang akan terjadi,
aku hanya manusia biasa,
sama seperti kalian semua.

Sunday 8 April 2012

pekikkan suara hati

ketakutan yang tidak ku ketahui, apa yang terjadi aku tak tahu. aku gelisah aku takot aku kaku, aku sunyi aku sepi, aku marah, diri ini seperti bukan aku, apa sebenarnya terjadi.. aku seakan ingin lari, lari sebagai seorang pengecut, lari kesana kesini, lari yang tiada arah tuju, dengan perasaan yang terombang ambing, kenapa? mengapa? soalan itu sentiasa aku pekik kan, pekikkan suara yg datang dari hati, dari hati.

Saturday 7 April 2012

benarkah?

hidup didunia ini memang terlalu banyak dugaan dan ujian tp ada hikmah disebalik dugaan dan ujian itu, tp bisakah kita tempuh dugaan dan ujian tersebut? mungkin sekali dua kita hanya tersenyum, tp bagaimana tiga dan empat kali pula? bisakah kita akan tersenyum? belom tentu lagi kita akan tersenyum. mungkin kita dalam keadaan kesesalan dan adakah kita akan berpekik? "wahai tuhan ku yang maha esa? apakah dosa hamba mu ini? sehinggakan ku dihukum sebegini?" adakah perkataan itu akan diucapkan oleh kita? benarkah? benarkah ia akan berlaku suatu hari nanti? benarkah?